Pagi 12.3.2011, dalam 9.30 pagi, ustaz terlihat Ratu(dia pakai celak, nampak mcm suka bersolek ha ha ha) berlumuran darah. Saya pun bergegas keluar dengan rasa cemas.
Wahhhhhh banyaknya darah. rupanya dia berak darah, bukan berak berdarah tau!!!!!
dalam pukul berapa, tak pasti, kami ambil keputusan menyembelih ratu, dengan rasa sedihnya hu hu hu
SiSembap pun kelihatan pasif juga, maka kami ambil juga dia dan jaga dalam rumah.
Seharian kami perhatikan perkembangan Sembap. Dia masih mahu makan, tak nampak sakit pun cuma agak pasif dari biasa.
Malam, saya keluarkan dari sangkar dia sebab nampak dia dah terbaring aje. Saya periksa Sembap dan dapati ada lendir di tempat berak dia. Tak lama kemuadian, nampak dia macam terkincit keluat cecair hijau.
Ustaz terus ambil pisau(dah siap asah dah). Tetapi sedang ustaz bersiap di luar, Sembap kejangi dua tiga kali, kemudian terus tak bergerak. Saya ingat dia hidup lagi sebab mata terbuka macam hidup. tapi bila periksa, rupa-rupanya dah tiada. tak sempat nak sembelih. malam tu juga Sembap dikebumikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan