Pasangan ini tiba di rumah kami pada Khamis malam Jumaat 24.3.2011, Maghrib gitu. Nana dan Ani belikan di Lancang. 2 ekor ni RM150. Masa tu 'Ezz dan Muna ada kat rumah.
Ini Puan Lancang, saya namakan Suri.
Masalahnya mereka ni agak liar. takut dengan manusia. kata nana dan Ani, tuanpunya memang tak belai pun arnab-arnab mereka. Hanya bagi makan dan tinggal aje kut. Adush letih juga nak masukkan mereka ni ke dalama sangkar. Maka setelah ustaz buatkan rumah baru baby rabbt kami, maka pasangan ini kami masukkan ke rumah Putih dan Hitam. Tunggu depa jinak dulu, baru boleh lepaskan.
Punya lah takut, dengar tapak kaki kami pun depa dah mencicit lari kehujung dunia ha ha ha.Tapi sekarang agak kurang sikit. Kami datang jenguk, beri makanan, depa buat tak kisah dah. Cuma bila cuba nak belai, depaa lari. Sabar sabar......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan