Oren bersama anak-anaknya yang telah berusia 12 hari. Depa dah buka mata hari ni. Kami namakan depa Cak dan Cik sebab saiz mereka begitu ketara perbebezaannya.
Ini pula Oren yang nana belikan di kajang. Dia dapat anak dengan Lan yang nana belikan di Lancang. Kiut dan Miut sudah berumur 10 minggu. (Dirakam pada 9.8.2011)
Ini pula Kopi. Salah satu dari kumpulan 7. Sebenarnya kumpulan ini kami berikan nama jenis-jenis minuman berdasarkan warna mereka. (dirakam pada 9.8.2011)
Ini Meena(kiri). Cucu Sulung saya. Dulu Hitam dan Putih dapat 4 ekor anak tapi semua mati satu demi satu dan tinggal Meena sahaja. Dia manja. Jinak. Tak garang. Yang disebelah tu pulak Comel. Alaaa yang En Apai Putrajaya bagi tu. Doia juga suami Meena. (Dirakam pada 9.8.2011)
Ini adalah Susu. Susu adalah sebahagian daripada kumpulan 7 yang kami beli dari Hazati Paya Pulai. Masa beli depa semua masih kecil lagi. kini dah besar tetapi hanya tinggal 2 ekor sahaja yang hidup. (dirakam pada 9.8.2011)
Along, Angah(anak Suri) serta Kiut, Miut (Anak Oren) , kami lepaskan kat tanah. Biar depa bebas main hari ni bersama Atok (bapak saya). Semua ini di rakam pada pagi 7.8.2011