Khamis, 22 Disember 2011

Anak Seri II pi klinik

Pagi tadi (19.12.2011), pi klinik haiwan, naka rawat anak Seri II. Depa dah berkurap macam mak dia. 3 ekor cucuk cuma RM10 je. Baik beetul bebudak ni, senyap je masa kena cucuk, Ummi dia yang takut hi hi hi

Seri II telah disembelih untuk mengurangkan masalah kesesakan rumah depa.

Biulik depa telah dicuci dengan dettol atas  nasihat doktor haiwan. setelah dibiarkan semalaman, bilik irtu dijadikan bilik Along yang baru dapat anak 3 ekor, ruang ni besar sikit, sesuai untuk yang baru bersalin.

Moga depa bertiga ni sembuh dari penyalit kurap terutama yang lawo bulu panjang. Berhajat nak kahwinkan dia dengan budak Lawo anak Susu bila depa sudah besar nanti

Koko pulak

Malam tadi (21.12.2011) Koko pulak bersalin. 2 ekor je. Yang sulong seekor je, Anja nama dia.

Kali ni anak dia bersama arnab yang abang ustaz beri. Besar jugak saiz dia.

Harap-harap Koko dapat jaga 2 ekor baby ni dengan baik dan mereka membesar dengan sihat.

Along dah bersalin anak sulong

Pada petang 18.12.2011, Along(anak sulong Suri dan Comel) telah bersalin buat kali pertama sebanyak 3 ekor. Besar-besar anak dia. Ini anak dia bersama Kiut(anak Sulong Oren bersama Lan).

Along terus cabut bulu dia, jadi saqya beri dia alternatif dengan memberi rumput. Berhenti sekejap mencabut bulu. habis rumput, dia cabut bulu lagi. Botak habih bulu lawa dia sebelah kiri.

"Along jangan cabut bulu lagi ek, nanti tak Along jadi tak lawa......" pesan saya.......

Along rajin menyusu naka dia sampai besaaarrrr perut anak dia.. Moga anak dia membesar dengan sihat.


Rabu, 14 Disember 2011

Oren dah Bersalin

Malam tadi, dalam pukul 10 malam, saya beri makan pada semua arnab-arnab saya(rutin setiap malam). Sampai giliran diruang Oren, saya ternampak bulu-bulu Oren. Wahhhhhh...ini tanda terakhir. Maka saya siapkan katil bersalin untuk Oren.

Tadi pagi (14.12.2011) pi jenguk Oren. Alhamdulillah Oren dah beranak, 5 ekor semuanya. Harap-harap semua hidup sihat. Kelahiran pertama dan kedua, Oren berjaya membesarkan 2 ekor setiap kelahiran. Kelahiran ketiga, berjaya membesarakan 3 ekor. Moga yang ini terus hidup membesar.

Gambar?????? Nanti yaaaaa


Selasa, 13 Disember 2011

Jualan Pertama kami

Hari ni 13.12.2011 Alhamdulillah telah berlaku jual beli pertama dunia baru saya dalam penternakan arnab. Itu pun dengan perasaan sayang dan gelengan kepala anak-anak. Dua-duia yang terjual adalah anak-anak Oren dan Lan.








Pada 10.112.2012, saya dan ustaz telah menyembelih 3 ekor arnab dan telah dijadikan gulai yang teramatlah sedapnya....perasan teramatlah.........

Masa proses berlaku, bermacam perasaan ada......

Masa ambil dari bilik depa, saya dukung depa(sekor-sekor ya) sambil bercakap-cakap dengan depa,"Ummi sayang Putih/Kiut. Apa-apa yang berlaku, Ummi tetap sayang Putih/Kiut.........." panjang lagi ayatnya tu......

Sebelum sembelih, saya dan ustaz cium depa dulu. Sempat juga bergambar dengan Kiut.

Masa sembelih masih lagi berkata-kata dengan depa dalam hati sambil berdoa,"Ya Allah permudahkan lah akhiran hidup mereka"

Dah sembelih, letak atas tanah, saya sapu-sapu lagi badan mereka sambil berkata,"Ummi sayang Putih/Kiut......"

*** seekor lagi tak de nama sebab abang Ustaz punya....

Begitu lah adanya kasih sayang saya pada haiwan peliharaan saya.

"Mana boleh makan, macam gitu......"

Siapa kata tak leh makan, boleh saja. Perasaan kasih tak boleh lari tapi yang halal di makan tetap akan dimakan ha ha ha

Isnin, 12 Disember 2011

Budak Lawa untuk dijual





  
Siapa boleh beri harga tertinggi, maka saya akan jual pada dia.

Pembidaan bermula dgn RM100
Biodata: Tarikh lahir: 23.10.2011(berumur 1 bulan setengah)
Jantina: Jantan Ada 4 beradik tapi ni paling lawo sekali sebab bulu dia panjang.

Bid dulu, tapi akan diserahkan kpd pembida terpilih apabila dia berusia 2 bulan iaitu pada 23.12.2011. Masa tu sesuai depa berhenti menyusu ibunya

Sebenarnya sayaaangggggg sangat budak lawa ni tapi sebab rumah dah full, kena let go jugaklah. Adik beradik dia pun nak jual jugak tapi murahlah sikit'

Seri beranak lagi

Pada 9.12.2011, petang Seri mula kumpul rumput. Muna kata ada sikit-sikit bulu dia. Maka proses pemindahan ke bilik besar sikit dilakukan..

Esok pagi lepas solat subuh terus pi jenguk, wahhh dah selamat bersalin cuma tak berapa sebab anak yang nengok. Tak lama lepas tu, saya pulak pi jenguk dan kira.....wahhhhhh 7 ekor lahhhhh. Besar-besar pulak tu. Kali ni Seri kami kahwinbkan dengan Lan. Ini kali kedua bagi Seri.

Gambar????????? belum ambil lagi gambar depa

Sekarang sedang tuggu Oren pulak. Kahwin dengan Oren jugak. Sehingga entri ni ditulis, Oren masih belum bersalin walau tiap-tiap hari kumpul rumput. Mungkin minggu depan dalam 17hb gitu.......

Semalam, Along macam mengumpul rumput, tapi tak ketara sangat. Namun Ustaz tetap bersiap sedia dengan menyiapkan ruang bersalin Along.

Harap-harap semua selamat












Khamis, 17 November 2011

Giliran KOPI pula



Semalam 16.11.2011, telah didapati KOPI melahirkan 4 ekor anak yang besar besar.

Tak tau dia beranak petang atau malam. Tapi Ustaz sedar pada malam hari dalam pukul 10 kot. masa tu saya tertidur sebab terlalu letih. Siangnya saya urusan kehulu ke hilir bawa kereta. sampai rumah, maghrib, tak jenguk dah aanak-anak saya tu. Nyong pun saya dah hirau dah .....

Tiba-tiba je, ustaz panggil saya,"Ha Kopi dah beranak. Nak kena alih bilik" lebih kurang gitulah ustaz cakap, tak ingat sebab mamai ha ha ha

Terus keluar dan tengok Kopi. Wahhhhhh besaarnya anak Kopi. Pikir......bapaknya siapa ye, rasa-rasa Lan.

Habih alihkan Kopi ke bilik yang lebih besar, beri makan minum yang lain pulak...Masuk rumah terus semak kalendar sebab nak tengok Kopi kahwin dengan sapa hi hi hi

APA?????? Sungguh tidak dipercaya.....Kiut suami dia? Budak amat lagi tu. Dia lahir pada 24.5.2011, berapa umur dia?????? Maknanya masa dia dikahwinkan umur dia belum masuk 5 bulan lagi.

Maka hari ni, ha ha ha , saya kahwinkan pulak Kiut dengan Along, anak Suri dan Comel (kena pastikan depa bukan adik beradik).

Gambar????? nantilah ek, tak sempat, sibuk sikit minggu ni....

Rabu, 9 November 2011

Anak Oren Si Putih



Ni anak Oren, tak de nama lagi, jadi panggil si putih lah dulu sebab warna dia putih.

Dah 2 bulan pada 1.11.2011. Nak jual nih. Comellll...bagi saya lah. Bulu dia lejmbut dan panjang. Bulu kat muka dia menampakkan kejelitaannya ha ha ha

Nak jual budak ni walaupun sayaaannnnggggg sebab comel tapi rumah banglo dah penuh.

BETINA RM45 sehingga 31.12.2011


Anak Tunggal Koko, Anja

Anja??????? Muna yang bagi nama dia sebab dia manja ngan mak dia. anak tunggallah katakan.

Lahir pada 6.10.2011, selang 6 hari je dengan anak Oren yang 3 ekor tu tapi anak Koko cepat besar, nak sorang eh eh eh nanak sekor ha ha ha


Semua ini dirakam pada 4.11.2011, maknanya hari ni(9.11.2011) , anja fdah 2 bulan


Cadang nak jual tapi bebudak kat rumah ni tak bagi pulak. Macam mana nak berniaga nih?





Isnin, 7 November 2011

Pecah rekod

Kisah ini berlaku pada 6.11.2011.


Pagi sebelum pi rumah ayah, saya beri arnab semua makan. Bila buka pintu rumah Tupai.....
"Tupai...kenapa cabut bulu?" boleh saya tanya gitu....ha ha ha sebenarnya terperanjat, tak sangka Tupai nak beranak.

"Banggg...... Tupai cabut bulu."

"Ya ????"ustaz kata, terus keluar sebab nak menyiapkan tempat Tupai.

Kena alih ketempat yang lebih besar, sebab mana tahu banyak pulak yang keluar nanti he he he berangan lah tu.

Maka persiapan dilakukan dengan segera sebab takut terlepas nak solat Sunnat Raya.

Lepas siap semua, kami pun bergerak keluar. Serah semua dalam penjagaan Allah.

Balik dari KL. dalam 5.30 petang terus tanya khabar Tupai. Ezz kata dah beranak. Apalagi saya terus gear 5, berlari ke rumah Tupai.

Laaa....tak boleh kira sebab semua bawah tiles yang kami sediakan untuk Tupai beranak. Tak tahu Tupai angkat tile tu macam mana sebab berat juga.

Ustaz pun datang, angkat tiles, cari anak dia. Mula-mula 3 aje. Daah frust sebab sikit sangat ha ha ha tak berSYUKUR langsung aku nih.

"eh, adaa lagi dalam baju ni(alas tu lah), 4,5,6,7,8,9... 9 EKOR"

"hah banyak nya Tupai"

"Wahhhhhhh...." saya suka sangat laah tu.

Alhamdulillah. Ustaz kata, boleh ke Tupai susukan ni...maklumlah puting ada 8 je.

"Pandailah Tupaia nanti" Tapai saya akan sentiasa tengok nanti. mana perut kempis, akan dibantu. harap-harap semua hidup daan meembesaar dengan sihat.

"Ummi sayaaaanggggg Tupai"

Layannnnn.......



Khamis, 27 Oktober 2011

Anak-anak Seri untuk dijual

Depa semua ni lahir pada 19.8.2010 hari Jumaat. jadi sekarang dah berusia 2 bulan 9 hari he he he

Harga tercatat adalah sah sehingga 18.11.2011

Seekor BETINA RM30
Seekor JANTAN RM25
Sepasang RM50

BETINA

BETINA



JANTAN


JANTAN juga rasanya

Sebijik macam mak dia, BETINA

JANTAN

Ada 6 ekor sebenarnya 3 jantan 3 betina tapi rupa lebih kurang, ummi dia dah confuse he he he. Cuba tengok video la kot nampak semuanya ha ha ha

Anak-anak Tupai Untuk dijual

Depa ni semua dilahirkan sehari selepas Seri beranak iaitu pada 20.8.2011. maka depa ni berusia 2 bulan 8 hari lah

Harga adalah sah sehingga 19.11.2011
Seekor BETINA RM30.
Seekor JANTAN RM25
Sepasang RM50

Satu-satunya JANTAN


BETINA

BETINA


BETINA

Seri II beranak

Sebenarnya Sei II ni baru dibeli pada 13.10.2011 untuk ganti Miut yang mati. Kira-kira dalam 2 minggu la ni. nama tak de lagi. tapi disebabkan rupa dia macam Seri, Seri II lah buat masa ni.

Pagi tadi (27.10.2011) masa nak beri makan, ternampak selonggok bulu dipenjuru bilik dia ni.

"Eh, bulu?"

Tiba-tiba terpandang baby tergolek-golek.

"Eh, dah beranak" Terus beritahu Ustaz, kepoh betul saya ni kan.

"Bang, Seri II dah beranak"

"Berapa ekor?"

"Entah, tak kira lagi sebab nak beritahu abang dulu"...ha ha ha

Ada 3 ekor, lepas korek longgokan bulu dia. Ustaz pun cari benda nak buh anak-anak dia nih.

Petang nanti, pindah bilik besar sikit lah rasanya bilik Koko lah sebab koko ada sekor je anak.

Actually malam tadi saya nampak dia gigit-gigit dinding bilik dia.

"Nak beranak ke" saya tanya dia.
"Nanti Ummi carikan rumput ek"

Beerilah dia sedikit rumput, tak de pulak dia kumpul rumput dalam mulut dia.

Saya pun masuklah tidur tapi kalau dah dasar kepoh, report jugaklah kat ustaz ha ha ha

"Bang, Seri II tu kan, nak beranak kot sebab dia gigit gigit....." habih kat situ je lah..

Gambar tak ambi lagi. Kemudian lah ek

Anak-anak Oren pulak

Dirakan pada 22.10.2011