Sabtu, 16 April 2011

Gaya Putih Sertik tidur





Arnab dan anak kucing

video

video

video

video

video

video

video

Semua rakaman ini dilakukan pada 164.2011 Sabtu pagi lebih kurang pukul 9 pagi

Kucing dan rabbit saya saling menyayangi. Cuma cara main mereka berlainan, keluarkan kuku. Saya takut ada yang luka je, tapi tu lah cara mereka main.

Kawan Ayu dah sihat



Semua gambar diatas dirakam pada 16.4.2011(pagi Sabatu, dalam pukul 9 am)


Ini .....(tak tau lagi nak letak nama apa he he he) kawan Ayu. Nana belikan di Kajang sama dengan Ayu. Cuma Oren ni Nana rawat dulu sebab ada sakit sikit. Selepas seminggu dirawat,alhamdulillah sembuh dan saya ambil dia di rumah Nana pada 10.4.2011, senja gitu, nak maghrib he he he (dari rumah ayah ustaz)

video

video

Ahad, 10 April 2011

Gambar raja untuk kali terakhir ...........

Ayu


Comel

Sedang bermain di playground mereka bersama anak kucing yang nakal tu







Dalam rumah mereka yang tak de pintu tu

Gambar-gambar dirakam pada 9.4.2011, Sabtu. Esok paginya Raja dah tak berdaya maka, ustaz sembelih dia. Sediiiiih sangat. Tinggal Meena sorang keturunan Hitam dan Putih. Harap-harap Meena terus hidup dan meneruskan keturunan Hitam dan Putih.



Ni lah raja. Nampak macam dah OK sebab bulu dia dah tak basah sangat macam dulu. Selera makan dia pun OK je. Saya dah rasa lega sebab dia dah OK. Tak sangka pulak .........

Selasa, 5 April 2011

Comel dah ada isteri Ayu.......

Ayu ni Nana belikan di Kajang, RM60 pada 3.4.2011 dalam pukul 6pm. Saya berusaha mencari arnab betina untuk Comel, arnab yang encik Faidzal Putrajaya berikan pada kami. Seminggu Comel berada dengan kami, baru dapat carikan isteri untuk dia, tiap-tiap hari saya berdoa agar cepat dapat jumpa isteri untuk Comel. Alhamdulillah, dapat juga akhirnya. Terima kasih Nana.

Nama Ayu ni, Anak bongsu saya Nasr yang letak. Lihatlah rakaman di bawah ini, saya jadi jurunikah antara Comel dan Ayu ha ha ha . Ustaz tak de kat rumah masa tu, maka saya kena nikahkan jugak lah depa berdua ni, nanti dapat anak luar nikah pulak.


video
video

Gaya en Sertik tidur

Comel kan.........


Saya tak puas-puas tengok dia tidur. Lenaaaaa sangat... Saya tengok dekat-dekat, gelak sikit-sikit, punnnn dia tak terjaga.Lenaaaaaa je......comeeeel je...........






video
video
video


Semua gambar dan video ini di rakam pada 4.4.2011 dalam pukul 2 pm.

Baru tadi dalam pukul 1.50 pm, putih tidur comel lagi. Leeeenaaaaa je dia tidur. Amaaaannnnnn je..........

Ustaz kata, putih memang tidur gitu, amaaannnnnn je