Jumaat, 20 Mei 2011

Baby baru beli








Semua baby ini saya beli dari hazati di Paya Pulai pada 17.5.2011 dalaam pukul 2 petang, 5 betina 2 jantan. Asalnya hanya dan 5 betina 1 jantan tapi gerammmmmm tengok comel-comel hi hi hi

Main-main di playground




Cuba lihat betapa akrabnya Meena dan Putih ni.

video
video
video

Aksi-aksi arnab nana dan Ani

Semua rakaman ini diambil pada 12.5.2011

video
video
video
video
video
video
video

Hotel kos rendah untuk arnab









Pada 11.52011, saya dan ustaz telah membuka sebuah hotel kos rendah untuk sekumpulan rabbit kepunyaan nana dan ani, ha ha ha......

Sebenarnya Nana dan Ani nak makan angin ke Sarawak, jadi saya tolong jagakan rabbit rabbit mereka. Buka susah pun jaga depa ni Bagi makan secukupnya, pastikan setiap pagi najis mereka dibuang dan tray najis dibersihkan, dah boleh tinggalkan mereka.

Rutin saya, pagi-pagio melayan depa semua. Dalam pukul 9 ke 10 pagi, baru saya masuk rumah. Seronok bercakap-cakap dengan mereka ni, tak sakit hati sebab depa tak pandai cakap ha ha ha

Kesimpulannya, saya sukaaaaa dan sukaaaaa jaga merekaa ini... Terima kasih nana dan ani yang menaruh sepenuh kepercayaan pada akak. (Masa depa hantar rabbit-rabbit ni, saya tanya nana dan ani,"percaya ke pada akak jaga mereka semuaaaaa?" jawabny,"Percayaaaa.")

Sabtu, 14 Mei 2011

Comel gigit saya hu hu hu


Sila abaikan kulit yang berkedut tu ye




Pada 12.5.2011, tangan saya kena gigit dek Comel. Sakitnya bukan main.

Saya nak leraikan pergaduhan dia dengan Lan. salah saya juga, bagi dia main sama kat playground. Saya dah agak mungkin terjadi pergaduhan, jadi saya duk dalam playground sambil berdoa, tiada apa-apa yang buruk akan berlaku.

mula-mula tu, elok je sebab depa berjalan jauh-jauh. Tapi bila Comel datang kat belakang Lan, cium-cium ekor lan, saya dah bersedia dah sambil tu berdoa lagi dengan apenuh harapan.

Tapi dah tabiat depa, nak buat macam mana Peperangan tercetus. Saya cuba tolak Comel, dia cakar saya dan kemudian datan balik tapi saya hadang dengan tangan saya. maka di gigitnya tangan saya dengan penuh rasa geram. Saya angkat tangan, mengharapkan dia lpeaskan gihitan tapi dia ikut bergayut. Terjerit-jerit saya. maka ustaz pun datang lah tapi Comel dah lepaskan dah.

saya sedang menghadang lan agar tak keluar dari satu sudut playgroung tu. Lepas ustaz ambil comel, masuk kat rumah dia, saya pun tengok luka saya tu. Mak aiiiii.........darah tak banayk mana pun tapi dalam jugalah, sampai keluar darah putih ha ha ha. Takut racun pada gigi dia jaaaa.......

Ustaz suruh pi basuh cepat-cepat. Waahhhhhh peristiwa ini takkan akan ku lupa sampai bila-bila dan Comel tak kan ku lupa juga sampai bila-bila ha ha ha......



Ni lah budak Comel yang gigit dan cakar saya tu. Geram tak???????
Tapi tetap sayang dia ..........
Dia manja tak macam yang lain, liar , tak nak di pegang langsung ........