Memaparkan catatan dengan label Comel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Comel. Papar semua catatan

Isnin, 24 Oktober 2011

Susu dah Beranak

Ahad 23.10.2011, Susu didapati telah melahirkan 4 ekor anak. Masa tu saya tiada dirumah kerana menghadiri kursus. Pertama kali tidak dapat melihat baby baru lahir, memeriksa kandungan susu dalam perut mereka.

Ops, bapa baby ni adalah Comel

Gambar, nanti saya upload sebab tak ambil lagi gambar depa.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Seri dan anak-anaknya

Semua ini dirakam pada 8.10.2011 pada pukul 11.25




Koko lagi

Semua di rakam pada 8.10.2011, lebih kurang pukul 11.15 pagi.

Saya nak serah anak dia balik. Nampak OK kot, tapi Koko ni dok asyik nak kumpul rumput dan cabut bulu lagi. Takkan nak beranak lagi kot.......

Jadi kita tunggu dan lihat aje ya. kalau betuul lah dia beranak lagi......wahhhhh......satu sejarah bagi saya nih..........

Khamis, 6 Oktober 2011

Koko dah beranak!!!!!!!!????????

Pagi tadi masa saya sedang mengagihkana makanan pada arnab-arnab, saya terlihat pada kaki Koko ada bulu-bulu.

Saya: hah..Koko dah nak beranak?

Terus diamati, hah bawaah kaki Koko ada kaki-keciilll....

Saya: Banggggg, Koko dah beranak.....

Ustaz: Berapa?

Saya pun buka pintu rumah Koko dan periksa, ada berapa ekor yaaa......See
kor ajaaaa

Saya: Sekor je.......

Ustaz: Dia nak beranak kot(teringat kes Suri la tu....ambil dua hari untuk beranak)

Saya pun siapkan tempat tidur sikecil agar dia tidak sejuk tidur atas tiles tu. Saya balut dgn t-shirt lama dan letak elok-elok. Waahhhhhh......Koko gigit dan tarik-tarik. saya pun keluarkan anak dia, takut tercedera. Saya nak tanggalkan balik sebab ingat Koko tak suka ada kain tu.

Tapi dia tak nak lepaskan. Saya main tarik kain dengan Koko ha ha ha. Akhirnya saya mengalah, saya ambil tiles aja. Koko masih tak lepaskan kain dan seolaholah sedang mengumpul rumput.

Saya pun pi lah carikan rumput. Ya lahhhh dia kumpul rumput lagi.

Saya: koko nak beranak lagi ya......

Maka saya pun asingkan anak dia(letak dalam rumah) takut dia terpijak, rumah kecik.

saya: Ummi ambil naka Koko ye... malam nanti Ummi pulangkan. Ummi takut Koko terpijak nanti.

Kejap-kejap saya intai Koko, apa aktiviti dia ha ha ha


Ni lah aktiviti Koko pagi ni

Ni anak Sulung Koko. Bapak budak ni ialah Comel




Isnin, 3 Oktober 2011

Saja-saja

Semua ini dirakam pada 27.9.2011, tengahari

Meena


Koko dan Comel


Susu

Isnin, 5 September 2011

Anak-anak Seri dan Tupai

Semua gambar-gambar ni anak-anak yang ambil. Layan aje lah ye...........



















Anak Tupai dan Seri sedang menyusu


Video ini dirakam pada 31.8.2011.



Anak Tupai menyusu. Tupai telah melahirkan anak-anak ini pada 21.8.2011. Lahir 6 ekor tetapi yang dua agak kecil sebab tak mampu berebut puting susu mak dia kot, maka dia pergi dulu.



\







Anak Seri sedang menyusu. Seri melahirkan aka-nak dia pada malam hari. Sebelum pi masjid, saya dok berulang alik intai Seri ni tapi tak beranak-beranak pun. balik dari solat tarawikh dalam pukul 11 kot, dia dah beranak 7 tapi seekor dah mati.

Suri, Along dan Angah





















Apasal lah semua gambar Along ek.... tapi lawa kan bulu Along????





Angah sedang berlatih lumba lari berpagar ha ha ha


Tumpang sikitlah video keluarga Nyong saya

Jumaat, 12 Ogos 2011

Meena berjiran dengan Comel




Ini Meena(kiri). Cucu Sulung saya. Dulu Hitam dan Putih dapat 4 ekor anak tapi semua mati satu demi satu dan tinggal Meena sahaja. Dia manja. Jinak. Tak garang.
Yang disebelah tu pulak Comel. Alaaa yang En Apai Putrajaya bagi tu. Doia juga suami Meena.
(Dirakam pada 9.8.2011)

Khamis, 30 Jun 2011

Anak Suri: Hari ke14

Hari ni, 30.6.2011 umur anak Suri dah 2 minggu(14 hari). Tadi petang dalam pukul 6.45 pm terlihat anak yang berwarna coklat mula cuba-cuba nak makan. Saya pun beri yang lain. mereka pun nampaknya cuba-cuba nak makan. Dah besar dah anak Ummi ye.... de gambar d

Tapi tak de gambar dia la

Sabtu, 18 Jun 2011

Anak Suri: Hari ke 2

Semua rakaman ini di ambil pada pukul 7 malam 18.62011 selepas balik dari rumah kak Sal