Isnin, 28 Mac 2011

Selamat Pengantin baru hi hi hi












Rumah ni dulu, rumah Putih dan Hitam. Sekarang bagi Lan dan Seri pulak duduk sehingga ada perubahan nanti.

Pada mulanya, depa ni kami bagi main kat playground yang ustaz buat tu, tapi masalahnya bila petang nak suruh depa masuk cage depa, punya lah susah sebab liar sangat. Kita-kita dilanggarnya sebab takut di dekati oleh manusia. Rupanya kata Nana dan Ani, tuanpunya dulu memang tak bermesraan dengan rabbit-rabbit dia.

Saya ni pulak, terlebih-lebih. Duk bercakap dengan depa macam depa tu anak saya.

Ungkapaan popular saya pada rabbit-rabbit saya, yang anak-anak ejek saya:

"Ummi sayang dia, ummi sayang dia"

Rumah sementara Baby

Pada 25.3.2011, ustaz telah berusaha menyiapkan rumah baru untuk 4 baby rabbit saya. Rumah ringkas (sbb tak ada pintu cuma, atapnya boleh buka) untuk sementara. Malam tu jugak ustaz pindahkan baby ke rumah baru sebab pagi-pagi esok (26.3.2011) kami nak bertolak ke Putrajaya(ambil Comel), Bangi (beli barang bakeri) dan Pandan Indah(jumpa cucu sedara).

Namun rakaman gambar dan video di bawah hanya dapat dirakam pada 27.3.2011


Atap canvas banner je dulu




Dua gambar diatas adalah Raja. Tak tau apa sakitnya. Nak kena bawa jumpa doktor ni.

Comel dari Putrajaya





Comel ni adalah pemberian sahabat alam maya saya iaitu dari Bicara Jutawan, En Faidzal. Dia war-warkan dalam forum BJ. Saya dengan rasa tak malunya, menawarkan diri untuk memelihara Comel.

Setelah berbincang melalui forum BJ, maka saya dan ustaz serta Muna pi lah menjemput Comel di Putrajaya. Tapi bukan semata-mata turun KL nak pi ambil Comel tapi Allah susun memang kami rancang nak turun KL pada 26.3.2011 sebab nak jumpa cucu sedara(cucu kakak kat Bomba Pandan Indah) dam ke bangi nak membeli rolled oats(kat Temerloh dah habis sebab saya perabihkan he he he).

Comel ni memang manja sebab En Faidzal memang jaga elok dia ni. Pantang orang datan, dia berlari juga ke kita, minta di belai agaknya. Sekarang Comel dibawah tanggungjawab kami. Pertama yang kami kena buat, carikan dia isteri sebab dia telah menduda(isteri dia dah mati).

En Faidzal, insyaAllah kami akan berusaha menjaga Comel dengan sebaik-baiknya. dan Terima kasih kerana membenarkan kami menjaga Comel yang manja ini

Jumaat, 25 Mac 2011

Pasangan baru dari Lancang

Pasangan ini tiba di rumah kami pada Khamis malam Jumaat 24.3.2011, Maghrib gitu. Nana dan Ani belikan di Lancang. 2 ekor ni RM150. Masa tu 'Ezz dan Muna ada kat rumah.


Ini Puan Lancang, saya namakan Suri.

Ini pulak En Lancang , Saya namakan Lan


Ini En Lancang dan isterinya.


Masalahnya mereka ni agak liar. takut dengan manusia. kata nana dan Ani, tuanpunya memang tak belai pun arnab-arnab mereka. Hanya bagi makan dan tinggal aje kut. Adush letih juga nak masukkan mereka ni ke dalama sangkar. Maka setelah ustaz buatkan rumah baru baby rabbt kami, maka pasangan ini kami masukkan ke rumah Putih dan Hitam. Tunggu depa jinak dulu, baru boleh lepaskan.

Punya lah takut, dengar tapak kaki kami pun depa dah mencicit lari kehujung dunia ha ha ha.

Tapi sekarang agak kurang sikit. Kami datang jenguk, beri makanan, depa buat tak kisah dah. Cuma bila cuba nak belai, depaa lari. Sabar sabar......

Rabu, 23 Mac 2011

Bermain bersama anak kucing II (20.3.2011)




Berntai-santai kat dalam playground depa



Dari depan En Sertik

Dari belakang en Sertik



Ni lah perangai unik Raja, sukaaa duk atas orang sesuka hati dia, selambaaaa je.


Raja

Raja lagi

Raja bersama pasangan Sertik


Meena dan menyelit kat belakang tu

Meena