Isnin, 24 Oktober 2011

Susu dah Beranak

Ahad 23.10.2011, Susu didapati telah melahirkan 4 ekor anak. Masa tu saya tiada dirumah kerana menghadiri kursus. Pertama kali tidak dapat melihat baby baru lahir, memeriksa kandungan susu dalam perut mereka.

Ops, bapa baby ni adalah Comel

Gambar, nanti saya upload sebab tak ambil lagi gambar depa.

Khamis, 13 Oktober 2011

Anak Oren: 12hari

Semalam, lepas maghrib, saja periksa mata anak kecil Oren, wahhhhhh dah terbukak lah kecuali yang berwarna coklat.

Pagi teadi periksa lagi, masih belum celik lahgoi mata si coklat tu.

Gambar tak ada sebab camera kat dalam rumah, malas nak ambik.

Miut mati

Petaaaang nak magrib , hari Selasa 12.11.20 11, tiba-tiba je ustaz masuk rumah membawa arnab putih, dah besar dah.....dah mati.

Saya terkejut hingga berkata lebih kurang(lupa dah sebab terlalu terkejut):sape ni, dari mana, kenapa?

Main cakap je tak tau maksudnya ha ha ha

Ustaz: Miut.

Saya: haaaaa....... tadi petang rasa elok je

Actually saya tak perati sangat.....

Sedih sangat sebab cucu sendiri(anak sulung si Oren dengan Lan).

Gambar....nanti la saya masukkan, masih dalam camera

OK, ini gambar Miut.......

Isnin, 10 Oktober 2011

Lagi-lagi Koko

Semua ini dirakam pada 10.10.2011, 8.30 pg



Tengok lah si nakal ni. Tidor ni......


Koko masih mengumpul rumput lagi. Saya saja bagi sebab lihat dia duk cari rumput untuk dikumpul tapi kat rumah dia ada sikit aja rumput Kesiaaannnn

Ahad, 9 Oktober 2011

Koko kumpul rumput lagi........

Nak cerita pasal Koko lagi nih. Pelik sungguh. Sehingga pagi tadi. Koko masih mengumpul rumput. Nak beranak lagi ke budak ni......

Dari semalam(11.45 am), saya dah serahkan anak dia agar dia jaga sendiri. namun saya tetap perhati dari masa ke masa OK je nampaknya walaupun kadang-kadang dia terpijak juga anak dia tu.