Khamis, 6 Oktober 2011

Koko dah beranak!!!!!!!!????????

Pagi tadi masa saya sedang mengagihkana makanan pada arnab-arnab, saya terlihat pada kaki Koko ada bulu-bulu.

Saya: hah..Koko dah nak beranak?

Terus diamati, hah bawaah kaki Koko ada kaki-keciilll....

Saya: Banggggg, Koko dah beranak.....

Ustaz: Berapa?

Saya pun buka pintu rumah Koko dan periksa, ada berapa ekor yaaa......See
kor ajaaaa

Saya: Sekor je.......

Ustaz: Dia nak beranak kot(teringat kes Suri la tu....ambil dua hari untuk beranak)

Saya pun siapkan tempat tidur sikecil agar dia tidak sejuk tidur atas tiles tu. Saya balut dgn t-shirt lama dan letak elok-elok. Waahhhhhh......Koko gigit dan tarik-tarik. saya pun keluarkan anak dia, takut tercedera. Saya nak tanggalkan balik sebab ingat Koko tak suka ada kain tu.

Tapi dia tak nak lepaskan. Saya main tarik kain dengan Koko ha ha ha. Akhirnya saya mengalah, saya ambil tiles aja. Koko masih tak lepaskan kain dan seolaholah sedang mengumpul rumput.

Saya pun pi lah carikan rumput. Ya lahhhh dia kumpul rumput lagi.

Saya: koko nak beranak lagi ya......

Maka saya pun asingkan anak dia(letak dalam rumah) takut dia terpijak, rumah kecik.

saya: Ummi ambil naka Koko ye... malam nanti Ummi pulangkan. Ummi takut Koko terpijak nanti.

Kejap-kejap saya intai Koko, apa aktiviti dia ha ha ha


Ni lah aktiviti Koko pagi ni

Ni anak Sulung Koko. Bapak budak ni ialah Comel




Tiada ulasan:

Catat Ulasan