Jumaat, 18 Mac 2011

Babby rabbit pulak pergi meninggalkan kami








Ini lah ratu dan Sembap. sesuai tak nama tu.... hi hi hi




Hitam dikebumikan


Pagi 12.3.2011, dalam 9.30 pagi, ustaz terlihat Ratu(dia pakai celak, nampak mcm suka bersolek ha ha ha) berlumuran darah. Saya pun bergegas keluar dengan rasa cemas.

Wahhhhhh banyaknya darah. rupanya dia berak darah, bukan berak berdarah tau!!!!!

dalam pukul berapa, tak pasti, kami ambil keputusan menyembelih ratu, dengan rasa sedihnya hu hu hu

SiSembap pun kelihatan pasif juga, maka kami ambil juga dia dan jaga dalam rumah.
Seharian kami perhatikan perkembangan Sembap. Dia masih mahu makan, tak nampak sakit pun cuma agak pasif dari biasa.

Malam, saya keluarkan dari sangkar dia sebab nampak dia dah terbaring aje. Saya periksa Sembap dan dapati ada lendir di tempat berak dia. Tak lama kemuadian, nampak dia macam terkincit keluat cecair hijau.

Ustaz terus ambil pisau(dah siap asah dah). Tetapi sedang ustaz bersiap di luar, Sembap kejangi dua tiga kali, kemudian terus tak bergerak. Saya ingat dia hidup lagi sebab mata terbuka macam hidup. tapi bila periksa, rupa-rupanya dah tiada. tak sempat nak sembelih. malam tu juga Sembap dikebumikan.

Selasa, 15 Mac 2011

Pasangan Sertik

Padangan ini kami ambil di rumah abang ustaz di lancangpada 13.3.2011, hari Sabtu selepas saya balik dari kenduri kawin di Kg paya Keladan, dalam pukul 2.30 pm. Mereka belikan di Sertik. 2 ekor ni RM60.




Yang ni betina, saya namakan SERI


Yang ni pulak, jantan Saya namakan.......nantilah, tak terfikir lagi apa nak letak ha ha ha



Bersama kenalan baru , termasuk anak Nyong yang empat ekor tu......

Isnin, 7 Mac 2011

Ummi Baby rabbit dah tiada di dunia ini....

Pagi Sabtu 5.3.2011, saya keluar tengok rabbit saya.



Beberapa hari sebelum Hitam mati, memang dia suka duk kat penjuru ni.

Nun kat penjuru rumah depa, Hitam duk diam. Saya cari rumput dan nak beri dia makan macam biasa , tapi dia diaaaam je. Saya pun tengok kat badan dia, eh tak gerak. Tengok pulak kat hidung dia, hah tidak bergetar laju seperti biasa. Saya cuba pula pegang dia melalui lubang jaring, hah keras .....

"Bannnggg"
"Yaaa"
"Hitam mati"
"Ye ke"

Bergegas Ustaz datang, pastikan kebenaran kata-kata saya..Terus Ustaz keluarkan Hitam dari rumahnya. Anak-anak dia saya dah keluar awal tadi....

Nak nangis saya(tengah menaip ni pun, nak nangis juga). Ustaz pun menyiapkan kubur Hitam. Maka selamatlah Hitam bersemaadi di situ.

Kakak pulak, tak sihat. Lemah je. Terbaring je. Makan pun sambil baring. Baru semalam kami mandikan dia sebab kotor tempat berak dia. Tu pun dia dah memang lemah. Kami tetap berusaha dan berharap dia sembuh tapi apa nak buat. Maka Ustaz pun sembelih dia, daripada dia tersiksa menanggung sakit.