Isnin, 7 Mac 2011

Ummi Baby rabbit dah tiada di dunia ini....

Pagi Sabtu 5.3.2011, saya keluar tengok rabbit saya.



Beberapa hari sebelum Hitam mati, memang dia suka duk kat penjuru ni.

Nun kat penjuru rumah depa, Hitam duk diam. Saya cari rumput dan nak beri dia makan macam biasa , tapi dia diaaaam je. Saya pun tengok kat badan dia, eh tak gerak. Tengok pulak kat hidung dia, hah tidak bergetar laju seperti biasa. Saya cuba pula pegang dia melalui lubang jaring, hah keras .....

"Bannnggg"
"Yaaa"
"Hitam mati"
"Ye ke"

Bergegas Ustaz datang, pastikan kebenaran kata-kata saya..Terus Ustaz keluarkan Hitam dari rumahnya. Anak-anak dia saya dah keluar awal tadi....

Nak nangis saya(tengah menaip ni pun, nak nangis juga). Ustaz pun menyiapkan kubur Hitam. Maka selamatlah Hitam bersemaadi di situ.

Kakak pulak, tak sihat. Lemah je. Terbaring je. Makan pun sambil baring. Baru semalam kami mandikan dia sebab kotor tempat berak dia. Tu pun dia dah memang lemah. Kami tetap berusaha dan berharap dia sembuh tapi apa nak buat. Maka Ustaz pun sembelih dia, daripada dia tersiksa menanggung sakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan