Khamis, 16 Jun 2011

How to palphate

Ilmu ini saya ambil dari sini

Assalamualaikum w.b.t...
Dah beberapa bulan terlibat dengan dunia arnab, antara benda paling best adalah apabila arnab kita beranak. Jadi memalpate (tak lulus tatabahasa Melayu) merupakan satu aktiviti yang sgt menyeronokkan...:) Walaupun pakar memalpate pd minggu kedua, sedangkan kami hanya mampu memalpate pd minggu ketiga, walaupun pakar dapat palpate dgn tepat jumlah fetus yg ade, sedangkan kami hanya mampu palpate asal ada je, yg penting ia sangat menyeronokkan...:)
Camne nak belajar palpate? Senang je...sekarang kan zaman IT...youtube ade

Baca selanjutnya dan lihat video di sini

Saya nak cuba pada Suri kat rumah saya tu sebab saya syak dia mengandung eh eh eh bunting la ummi......saya agak-agak pada 18 atau 19 dia akan melahirkan atau kalau tak jadi juga harap-harap pada 24hb ni.


S

Isnin, 13 Jun 2011

Anak Oren hari ke 3 Vol 2

Semua rakaman ini di ambil pada 26.5.2011 , 5.15 petang

Anak Oren - hari ke 3

Semua ini dirakam pada 26.5.2011, pagi




Anak Oren - hari ke 2

Semua ini dirakam pada 25.5.2011, dalam pukul 9 pagi






Yeay ........Oren dah beranak




Alhamdulillah Oren telah selamat melahirkan 6 ekor baby yang comel. Anak dia bersama Lan yang kamai temukan pada 23.5.2011. Genap sebulan kan... sekali je pulak tu sebab Oren garang, dia marah bila saya letak Lan dalam rumah dia.

Sebenarnya kami jangkakan Oren akan beranak malam tadi tapi hingga pukul 10 malam, tiada tanda Oren akan beranak. Pagi tadi ustaz pi lah jenguk tapi tak nampak pun. Lepas tu ustaz pi lah cari dedaun untuk bagi semua arnab kami sarapan. masa nak bagi Oren rumput, baaaaru ustaz perasan dah ada baby atas lantai rumahnya(bakul ada dah tapi tak best katanya...).

Saya yang sedang buat sarapan, terus berhenti memasak ha ha ha.

Kira-kira, ada 6 EKOR. Plan nak buat biskut Famous Ami hari ni, tak jadi lah, nak jaga cucu ha ha ha........