Sabtu, 8 Oktober 2011

Koko lagi

Semua di rakam pada 8.10.2011, lebih kurang pukul 11.15 pagi.

Saya nak serah anak dia balik. Nampak OK kot, tapi Koko ni dok asyik nak kumpul rumput dan cabut bulu lagi. Takkan nak beranak lagi kot.......

Jadi kita tunggu dan lihat aje ya. kalau betuul lah dia beranak lagi......wahhhhh......satu sejarah bagi saya nih..........

Oren dan anak-anaknya

Masa dirakam ni, 8.10.2011, umur budak kecik ni dah 8 hari.


Anak Koko sarapan pagi dengan ibunya

Semua rakanman ini dibuat pada 8.10.2011, lebih kurang 8 am

Nampak tak sedikit bulu yang Koko cabut pagi ni. Masa tu itu anak dia ada kat situ, nak menyusu. Saya bagi daun-daun,Koko pi kumpul macam nak beranak lagi pulak. Saya terpaksa ambil balik anak dia, takut terjadi apa-apa yang tidak baik.

Ni aktiviti Koko pagi ni.......

Khamis, 6 Oktober 2011

Koko dan anaknya

Rakaman ini di buat pada 6.10.2011 , sebelah petang dalam pukul 2.30 pm.

Sebenarnya nak serah anak dia pada dia, biar dia bela sendiri anak dia. Jadi nak test dia dulu lah ni. Ish ish ish tak berani pulak nak bagi dia jaga anak dia ni. Mana tidak, dah anak dia tak pandai duduk diam, macam dah beberapa hari umurnya. Emak dia pulak kehulu kehilir macam nak terpijak anak dia.

Ada masa dia terpijak, menjerit-jerit anak dia. Tapi dia buat tak dengar je. Saya pulak kena alihkan kaki dia. Maka saya ambil balik anak dia bawa masuk rumah. Dia bukan menyusu waktu siang. Perut pun masih buncit lagi nih.

Malam nanti ambil mak dia suruh susukan anak dia. Pas tu hantar mak dia balik. Anak dia tidur ngan saya he he he

Koko dah beranak!!!!!!!!????????

Pagi tadi masa saya sedang mengagihkana makanan pada arnab-arnab, saya terlihat pada kaki Koko ada bulu-bulu.

Saya: hah..Koko dah nak beranak?

Terus diamati, hah bawaah kaki Koko ada kaki-keciilll....

Saya: Banggggg, Koko dah beranak.....

Ustaz: Berapa?

Saya pun buka pintu rumah Koko dan periksa, ada berapa ekor yaaa......See
kor ajaaaa

Saya: Sekor je.......

Ustaz: Dia nak beranak kot(teringat kes Suri la tu....ambil dua hari untuk beranak)

Saya pun siapkan tempat tidur sikecil agar dia tidak sejuk tidur atas tiles tu. Saya balut dgn t-shirt lama dan letak elok-elok. Waahhhhhh......Koko gigit dan tarik-tarik. saya pun keluarkan anak dia, takut tercedera. Saya nak tanggalkan balik sebab ingat Koko tak suka ada kain tu.

Tapi dia tak nak lepaskan. Saya main tarik kain dengan Koko ha ha ha. Akhirnya saya mengalah, saya ambil tiles aja. Koko masih tak lepaskan kain dan seolaholah sedang mengumpul rumput.

Saya pun pi lah carikan rumput. Ya lahhhh dia kumpul rumput lagi.

Saya: koko nak beranak lagi ya......

Maka saya pun asingkan anak dia(letak dalam rumah) takut dia terpijak, rumah kecik.

saya: Ummi ambil naka Koko ye... malam nanti Ummi pulangkan. Ummi takut Koko terpijak nanti.

Kejap-kejap saya intai Koko, apa aktiviti dia ha ha ha


Ni lah aktiviti Koko pagi ni

Ni anak Sulung Koko. Bapak budak ni ialah Comel




Anak Oren: Hari ke 6

Gaambar ni diambil pagi tadi 6.10.2011, hari ke 6 anak Oren ni hidup, dari 6 ekor tinggal 3 ekor sebab pagi tadi yang saya jaga, tak dapaat diselamatkan dahhhh.... Sedih sungguh. Semalam dia dah mahu hisap susu dari mak dia. Rasa gumbira saangat sebab harapan untuk hidup membesar cerah.

Harap-harap 3 ekor ni selamat. masa nak bagi makan tadi, 2 ekor yang hitam tergolek-golek kat luartempat tidor depa. Seekor tu. tak gerak-gerak. Aduhai..... mati jugak ke.....Bila saya angkat, punya lah berat, bulat perut dia. padan lah tak leh gerak dah ha ha ha

Macam mana boleh keluar dari tempatt ido????Mungkin masa dia sedap menyusu, mak dia bangun pi beralih keluar tapi depa tak nak lepas puting. Saya kata gini sebab pernah tengok anak Seri buat gitu.

Lupa plak, Semua ini masih anak Oren dengan Lan. Saya tak benarkan mereka curang ha ha ha





Rabu, 5 Oktober 2011

Koko lagi

Rumput yang diberi pada Koko semalam telah habis di makan. Banyak dah bagi sebenarnya, tapi semuanya dah habis. Tadi dalam 11.45 pagi, saya perhati, rumputnya tiada dan Koko asyik berdiri kat rumah dia sambil gigit dawai dinding rumah dia.

Maka saya pun bagi lagi rumput. Ini lah aktiviti dia.....