Sabtu, 14 Mei 2011

Comel gigit saya hu hu hu


Sila abaikan kulit yang berkedut tu ye




Pada 12.5.2011, tangan saya kena gigit dek Comel. Sakitnya bukan main.

Saya nak leraikan pergaduhan dia dengan Lan. salah saya juga, bagi dia main sama kat playground. Saya dah agak mungkin terjadi pergaduhan, jadi saya duk dalam playground sambil berdoa, tiada apa-apa yang buruk akan berlaku.

mula-mula tu, elok je sebab depa berjalan jauh-jauh. Tapi bila Comel datang kat belakang Lan, cium-cium ekor lan, saya dah bersedia dah sambil tu berdoa lagi dengan apenuh harapan.

Tapi dah tabiat depa, nak buat macam mana Peperangan tercetus. Saya cuba tolak Comel, dia cakar saya dan kemudian datan balik tapi saya hadang dengan tangan saya. maka di gigitnya tangan saya dengan penuh rasa geram. Saya angkat tangan, mengharapkan dia lpeaskan gihitan tapi dia ikut bergayut. Terjerit-jerit saya. maka ustaz pun datang lah tapi Comel dah lepaskan dah.

saya sedang menghadang lan agar tak keluar dari satu sudut playgroung tu. Lepas ustaz ambil comel, masuk kat rumah dia, saya pun tengok luka saya tu. Mak aiiiii.........darah tak banayk mana pun tapi dalam jugalah, sampai keluar darah putih ha ha ha. Takut racun pada gigi dia jaaaa.......

Ustaz suruh pi basuh cepat-cepat. Waahhhhhh peristiwa ini takkan akan ku lupa sampai bila-bila dan Comel tak kan ku lupa juga sampai bila-bila ha ha ha......



Ni lah budak Comel yang gigit dan cakar saya tu. Geram tak???????
Tapi tetap sayang dia ..........
Dia manja tak macam yang lain, liar , tak nak di pegang langsung ........

1 ulasan:

  1. Salam,
    Comel tercabar tu bila ada jantan len kat tempat dia kot. Terrotarial punya isu, biasa pada mana2 binatang pun. Bila dah besar tu lah, dia tau jaga tempat n tino dia jer. Elakkan campurkan ngan jantan beso len.

    Comel masih kiut, he!he!

    BalasPadam