Khamis, 17 November 2011

Giliran KOPI pula



Semalam 16.11.2011, telah didapati KOPI melahirkan 4 ekor anak yang besar besar.

Tak tau dia beranak petang atau malam. Tapi Ustaz sedar pada malam hari dalam pukul 10 kot. masa tu saya tertidur sebab terlalu letih. Siangnya saya urusan kehulu ke hilir bawa kereta. sampai rumah, maghrib, tak jenguk dah aanak-anak saya tu. Nyong pun saya dah hirau dah .....

Tiba-tiba je, ustaz panggil saya,"Ha Kopi dah beranak. Nak kena alih bilik" lebih kurang gitulah ustaz cakap, tak ingat sebab mamai ha ha ha

Terus keluar dan tengok Kopi. Wahhhhhh besaarnya anak Kopi. Pikir......bapaknya siapa ye, rasa-rasa Lan.

Habih alihkan Kopi ke bilik yang lebih besar, beri makan minum yang lain pulak...Masuk rumah terus semak kalendar sebab nak tengok Kopi kahwin dengan sapa hi hi hi

APA?????? Sungguh tidak dipercaya.....Kiut suami dia? Budak amat lagi tu. Dia lahir pada 24.5.2011, berapa umur dia?????? Maknanya masa dia dikahwinkan umur dia belum masuk 5 bulan lagi.

Maka hari ni, ha ha ha , saya kahwinkan pulak Kiut dengan Along, anak Suri dan Comel (kena pastikan depa bukan adik beradik).

Gambar????? nantilah ek, tak sempat, sibuk sikit minggu ni....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan