Isnin, 7 November 2011

Pecah rekod

Kisah ini berlaku pada 6.11.2011.


Pagi sebelum pi rumah ayah, saya beri arnab semua makan. Bila buka pintu rumah Tupai.....
"Tupai...kenapa cabut bulu?" boleh saya tanya gitu....ha ha ha sebenarnya terperanjat, tak sangka Tupai nak beranak.

"Banggg...... Tupai cabut bulu."

"Ya ????"ustaz kata, terus keluar sebab nak menyiapkan tempat Tupai.

Kena alih ketempat yang lebih besar, sebab mana tahu banyak pulak yang keluar nanti he he he berangan lah tu.

Maka persiapan dilakukan dengan segera sebab takut terlepas nak solat Sunnat Raya.

Lepas siap semua, kami pun bergerak keluar. Serah semua dalam penjagaan Allah.

Balik dari KL. dalam 5.30 petang terus tanya khabar Tupai. Ezz kata dah beranak. Apalagi saya terus gear 5, berlari ke rumah Tupai.

Laaa....tak boleh kira sebab semua bawah tiles yang kami sediakan untuk Tupai beranak. Tak tahu Tupai angkat tile tu macam mana sebab berat juga.

Ustaz pun datang, angkat tiles, cari anak dia. Mula-mula 3 aje. Daah frust sebab sikit sangat ha ha ha tak berSYUKUR langsung aku nih.

"eh, adaa lagi dalam baju ni(alas tu lah), 4,5,6,7,8,9... 9 EKOR"

"hah banyak nya Tupai"

"Wahhhhhhh...." saya suka sangat laah tu.

Alhamdulillah. Ustaz kata, boleh ke Tupai susukan ni...maklumlah puting ada 8 je.

"Pandailah Tupaia nanti" Tapai saya akan sentiasa tengok nanti. mana perut kempis, akan dibantu. harap-harap semua hidup daan meembesaar dengan sihat.

"Ummi sayaaaanggggg Tupai"

Layannnnn.......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan