Rabu, 14 Disember 2011

Oren dah Bersalin

Malam tadi, dalam pukul 10 malam, saya beri makan pada semua arnab-arnab saya(rutin setiap malam). Sampai giliran diruang Oren, saya ternampak bulu-bulu Oren. Wahhhhhh...ini tanda terakhir. Maka saya siapkan katil bersalin untuk Oren.

Tadi pagi (14.12.2011) pi jenguk Oren. Alhamdulillah Oren dah beranak, 5 ekor semuanya. Harap-harap semua hidup sihat. Kelahiran pertama dan kedua, Oren berjaya membesarkan 2 ekor setiap kelahiran. Kelahiran ketiga, berjaya membesarakan 3 ekor. Moga yang ini terus hidup membesar.

Gambar?????? Nanti yaaaaa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan