Khamis, 22 Disember 2011

Anak Seri II pi klinik

Pagi tadi (19.12.2011), pi klinik haiwan, naka rawat anak Seri II. Depa dah berkurap macam mak dia. 3 ekor cucuk cuma RM10 je. Baik beetul bebudak ni, senyap je masa kena cucuk, Ummi dia yang takut hi hi hi

Seri II telah disembelih untuk mengurangkan masalah kesesakan rumah depa.

Biulik depa telah dicuci dengan dettol atas  nasihat doktor haiwan. setelah dibiarkan semalaman, bilik irtu dijadikan bilik Along yang baru dapat anak 3 ekor, ruang ni besar sikit, sesuai untuk yang baru bersalin.

Moga depa bertiga ni sembuh dari penyalit kurap terutama yang lawo bulu panjang. Berhajat nak kahwinkan dia dengan budak Lawo anak Susu bila depa sudah besar nanti

Koko pulak

Malam tadi (21.12.2011) Koko pulak bersalin. 2 ekor je. Yang sulong seekor je, Anja nama dia.

Kali ni anak dia bersama arnab yang abang ustaz beri. Besar jugak saiz dia.

Harap-harap Koko dapat jaga 2 ekor baby ni dengan baik dan mereka membesar dengan sihat.

Along dah bersalin anak sulong

Pada petang 18.12.2011, Along(anak sulong Suri dan Comel) telah bersalin buat kali pertama sebanyak 3 ekor. Besar-besar anak dia. Ini anak dia bersama Kiut(anak Sulong Oren bersama Lan).

Along terus cabut bulu dia, jadi saqya beri dia alternatif dengan memberi rumput. Berhenti sekejap mencabut bulu. habis rumput, dia cabut bulu lagi. Botak habih bulu lawa dia sebelah kiri.

"Along jangan cabut bulu lagi ek, nanti tak Along jadi tak lawa......" pesan saya.......

Along rajin menyusu naka dia sampai besaaarrrr perut anak dia.. Moga anak dia membesar dengan sihat.


Rabu, 14 Disember 2011

Oren dah Bersalin

Malam tadi, dalam pukul 10 malam, saya beri makan pada semua arnab-arnab saya(rutin setiap malam). Sampai giliran diruang Oren, saya ternampak bulu-bulu Oren. Wahhhhhh...ini tanda terakhir. Maka saya siapkan katil bersalin untuk Oren.

Tadi pagi (14.12.2011) pi jenguk Oren. Alhamdulillah Oren dah beranak, 5 ekor semuanya. Harap-harap semua hidup sihat. Kelahiran pertama dan kedua, Oren berjaya membesarkan 2 ekor setiap kelahiran. Kelahiran ketiga, berjaya membesarakan 3 ekor. Moga yang ini terus hidup membesar.

Gambar?????? Nanti yaaaaa


Selasa, 13 Disember 2011

Jualan Pertama kami

Hari ni 13.12.2011 Alhamdulillah telah berlaku jual beli pertama dunia baru saya dalam penternakan arnab. Itu pun dengan perasaan sayang dan gelengan kepala anak-anak. Dua-duia yang terjual adalah anak-anak Oren dan Lan.








Pada 10.112.2012, saya dan ustaz telah menyembelih 3 ekor arnab dan telah dijadikan gulai yang teramatlah sedapnya....perasan teramatlah.........

Masa proses berlaku, bermacam perasaan ada......

Masa ambil dari bilik depa, saya dukung depa(sekor-sekor ya) sambil bercakap-cakap dengan depa,"Ummi sayang Putih/Kiut. Apa-apa yang berlaku, Ummi tetap sayang Putih/Kiut.........." panjang lagi ayatnya tu......

Sebelum sembelih, saya dan ustaz cium depa dulu. Sempat juga bergambar dengan Kiut.

Masa sembelih masih lagi berkata-kata dengan depa dalam hati sambil berdoa,"Ya Allah permudahkan lah akhiran hidup mereka"

Dah sembelih, letak atas tanah, saya sapu-sapu lagi badan mereka sambil berkata,"Ummi sayang Putih/Kiut......"

*** seekor lagi tak de nama sebab abang Ustaz punya....

Begitu lah adanya kasih sayang saya pada haiwan peliharaan saya.

"Mana boleh makan, macam gitu......"

Siapa kata tak leh makan, boleh saja. Perasaan kasih tak boleh lari tapi yang halal di makan tetap akan dimakan ha ha ha

Isnin, 12 Disember 2011

Budak Lawa untuk dijual





  
Siapa boleh beri harga tertinggi, maka saya akan jual pada dia.

Pembidaan bermula dgn RM100
Biodata: Tarikh lahir: 23.10.2011(berumur 1 bulan setengah)
Jantina: Jantan Ada 4 beradik tapi ni paling lawo sekali sebab bulu dia panjang.

Bid dulu, tapi akan diserahkan kpd pembida terpilih apabila dia berusia 2 bulan iaitu pada 23.12.2011. Masa tu sesuai depa berhenti menyusu ibunya

Sebenarnya sayaaangggggg sangat budak lawa ni tapi sebab rumah dah full, kena let go jugaklah. Adik beradik dia pun nak jual jugak tapi murahlah sikit'

Seri beranak lagi

Pada 9.12.2011, petang Seri mula kumpul rumput. Muna kata ada sikit-sikit bulu dia. Maka proses pemindahan ke bilik besar sikit dilakukan..

Esok pagi lepas solat subuh terus pi jenguk, wahhh dah selamat bersalin cuma tak berapa sebab anak yang nengok. Tak lama lepas tu, saya pulak pi jenguk dan kira.....wahhhhhh 7 ekor lahhhhh. Besar-besar pulak tu. Kali ni Seri kami kahwinbkan dengan Lan. Ini kali kedua bagi Seri.

Gambar????????? belum ambil lagi gambar depa

Sekarang sedang tuggu Oren pulak. Kahwin dengan Oren jugak. Sehingga entri ni ditulis, Oren masih belum bersalin walau tiap-tiap hari kumpul rumput. Mungkin minggu depan dalam 17hb gitu.......

Semalam, Along macam mengumpul rumput, tapi tak ketara sangat. Namun Ustaz tetap bersiap sedia dengan menyiapkan ruang bersalin Along.

Harap-harap semua selamat