Selasa, 4 Oktober 2011

Giliran Koko Pulak

Tadi 4.10.2011 dalam 5 pm, saya pi tengok-tengok keadaan arnab saya.

Sedang melihat-lihat, mengintai-ngintai, ternampaklah saya akan Koko mengigit-gigit dawai dinding rumah dia.

Saya: Koko nak kumpul rumput ke? Jap ye...

Saya pun ambil gunting dan gunting sedikit rumput, nak test, betul ke hipotesis saya ni.

Wahhhhh........Koko terus mengumpul rumput dimulutnya lahhh....

Saya: Koko nak bersalin ya?

Adush dush dush..... banglo depa tak siap lagi ni.

Saya pi kat rumah Seri.

Saya: Seri, Seri kena pindah rumah ye....bagi Koko duk sini pulak.

Baru je pisahkan Koko dengan Comel Isnin iaitu pada 2.10.2011. . Meena duk ngan Comel dan Koko duk rumah Meena. Alhamdulillah Allah berikan ilham untyk buat perubahan ini...




Sedehnya

Pagi tadi, seekor anak Oren telah rkorban. Dari semalama lagi saya telah cyba selamatkan.

Pagi semalam(3.10.2011) saya dapati perut anak ini kempis tak de susu. Yang lain merening-rening penuh susu.

Lepas ustaz pi kerja, saya pun melayan arnab-arnab saya. Setiap pagi dan malam saya akan periksa perut mereka, ada susu ke tidak. Pagi ini seekor yg putih pulak perut kempis. Maka setelah semua selesai, maka saya pun ambil Oren dan cuba bagi baby ni menyusu. tapi tak nak pulak.

Maka saya bawa baby masuk rumah dan suap air bercampur garam. Setakat ini, nampak makin kuat dia tapi masih tak nak menyusu dari emaknya.

Isnin, 3 Oktober 2011

Kelahiran ketiga Oren

Pada petang Jumaat, saya dan ustaz sedang menguuskan arnab-arnab kami, tetiba terdengar seperti ada perfgaduhan. Setelah diamati, ianya terjadi di rumah Oren.

Ustaz pi nengok......"Oren gigitr, anak dia"

Waaahhhhhh.....tak leh jadi ni takut jadi macam neslo, berlubang kepala digigit dek Oren.

Saya: "Oren nak beranak kot"

Cepat-cepat kami keluarkan Cakan Cik. Saya nak test, betul ke Oren nak beranak. Saya kumpul rumput dalam segennggam dan beri pada Oren......

Saya:"BANG....betul lah.....Oren kumpul rumput....."

Satu perubahan bilik telah berlaku secara besar-besaran ha ha ha.

Suri, Along dan Angah terpaksa dipindahkan. Oren duk rumah Suri sebab bilik itu memang dijadikan bilik bersalin.

Angah saya perkenalkan dengan Cik. Along pada Miut tapi Miut tak suka Along. Jadi Along saya perkenalkan pada Cak. Serasi nampaknya.

Disebabkan dah tak cukup bilik, maka Suri kena duduk dalam kotak. Angah dan Cik pun kena duk dalam kotak. Kedua-dua kotak, kami lretak dalam bilik tamu kami.

Ustaz pun terus mulakan projek buat kondo baru untuk depa semua.

6.30 petang, sebelum kami keluar ke rumah kawan, saya intai Oren, hah dah cabut bulu, insyaAllah malam ni ataui sok pagi dapatlah kami cucu baru.

Sok pagi(malam tak sempat nengok), bila saya jenguk, dah ada 6 baby tapi sekor dah mati. Mungkin terpijak kot. 2 putih kot, 4 hitam. Tengoklah apa akhirnya warna depa nanti.







Anak-anak Tupai dan anak-anak Nyong

Semua ini dirakam pada 30.9.2011, pagi

Anak Tupai dan anak Nyong

Semua ini dirakan pada 30.92011, pagi.


















Cik main kat tanah

Semua ini dirakam pada 30.9.2011, pagi sebelum pi hospital, Ustaz pi jumpa doktor pakar.


Tupai dan anak-anak

Semua ini dirakam pada 27.9.2011, tengahari.