Selasa, 4 Oktober 2011

Giliran Koko Pulak

Tadi 4.10.2011 dalam 5 pm, saya pi tengok-tengok keadaan arnab saya.

Sedang melihat-lihat, mengintai-ngintai, ternampaklah saya akan Koko mengigit-gigit dawai dinding rumah dia.

Saya: Koko nak kumpul rumput ke? Jap ye...

Saya pun ambil gunting dan gunting sedikit rumput, nak test, betul ke hipotesis saya ni.

Wahhhhh........Koko terus mengumpul rumput dimulutnya lahhh....

Saya: Koko nak bersalin ya?

Adush dush dush..... banglo depa tak siap lagi ni.

Saya pi kat rumah Seri.

Saya: Seri, Seri kena pindah rumah ye....bagi Koko duk sini pulak.

Baru je pisahkan Koko dengan Comel Isnin iaitu pada 2.10.2011. . Meena duk ngan Comel dan Koko duk rumah Meena. Alhamdulillah Allah berikan ilham untyk buat perubahan ini...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan