Isnin, 3 Oktober 2011

Kelahiran ketiga Oren

Pada petang Jumaat, saya dan ustaz sedang menguuskan arnab-arnab kami, tetiba terdengar seperti ada perfgaduhan. Setelah diamati, ianya terjadi di rumah Oren.

Ustaz pi nengok......"Oren gigitr, anak dia"

Waaahhhhhh.....tak leh jadi ni takut jadi macam neslo, berlubang kepala digigit dek Oren.

Saya: "Oren nak beranak kot"

Cepat-cepat kami keluarkan Cakan Cik. Saya nak test, betul ke Oren nak beranak. Saya kumpul rumput dalam segennggam dan beri pada Oren......

Saya:"BANG....betul lah.....Oren kumpul rumput....."

Satu perubahan bilik telah berlaku secara besar-besaran ha ha ha.

Suri, Along dan Angah terpaksa dipindahkan. Oren duk rumah Suri sebab bilik itu memang dijadikan bilik bersalin.

Angah saya perkenalkan dengan Cik. Along pada Miut tapi Miut tak suka Along. Jadi Along saya perkenalkan pada Cak. Serasi nampaknya.

Disebabkan dah tak cukup bilik, maka Suri kena duduk dalam kotak. Angah dan Cik pun kena duk dalam kotak. Kedua-dua kotak, kami lretak dalam bilik tamu kami.

Ustaz pun terus mulakan projek buat kondo baru untuk depa semua.

6.30 petang, sebelum kami keluar ke rumah kawan, saya intai Oren, hah dah cabut bulu, insyaAllah malam ni ataui sok pagi dapatlah kami cucu baru.

Sok pagi(malam tak sempat nengok), bila saya jenguk, dah ada 6 baby tapi sekor dah mati. Mungkin terpijak kot. 2 putih kot, 4 hitam. Tengoklah apa akhirnya warna depa nanti.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan