Isnin, 28 Mac 2011

Comel dari Putrajaya





Comel ni adalah pemberian sahabat alam maya saya iaitu dari Bicara Jutawan, En Faidzal. Dia war-warkan dalam forum BJ. Saya dengan rasa tak malunya, menawarkan diri untuk memelihara Comel.

Setelah berbincang melalui forum BJ, maka saya dan ustaz serta Muna pi lah menjemput Comel di Putrajaya. Tapi bukan semata-mata turun KL nak pi ambil Comel tapi Allah susun memang kami rancang nak turun KL pada 26.3.2011 sebab nak jumpa cucu sedara(cucu kakak kat Bomba Pandan Indah) dam ke bangi nak membeli rolled oats(kat Temerloh dah habis sebab saya perabihkan he he he).

Comel ni memang manja sebab En Faidzal memang jaga elok dia ni. Pantang orang datan, dia berlari juga ke kita, minta di belai agaknya. Sekarang Comel dibawah tanggungjawab kami. Pertama yang kami kena buat, carikan dia isteri sebab dia telah menduda(isteri dia dah mati).

En Faidzal, insyaAllah kami akan berusaha menjaga Comel dengan sebaik-baiknya. dan Terima kasih kerana membenarkan kami menjaga Comel yang manja ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan