Jumaat, 18 Mac 2011

Putih pulak mati hu hu hu


.

Ahad 13.3.2011, Putih pulak tak sihat. Diam aje, termenung. kami keluarkan dia dan masukkan kan ke wad dalam rumah.

Petang, dalam pukul 3 kami ke Lancang hantar ibu rabbit yang kami pinjam minggu lepas. Takut pulak orang punya berjangkit sakit(sakit apa tak tahu). Hantar seekor tapi kami bawa balik 2 ekor ha ha ha

Sebenarnya abang Ustaz tolong belikan sepasang baby rabbit.

Malam tu, saya tidur awal. Rupanya-rupanya putih tenat dah malam tadi, ustaz nak sembelih tapi saya dah tidur. Jadi Ustaz nak tunggu esoklah agaknya tapi tak sempat dia pulak pergi. Maka pagi-pagi Ustaz dan 'Ezz kebumikan dia di tanah belakang rumah

Sedih sangat.......Dalam lebih kurang 1 minggu, 5 ekor telah meninggalkan kami hu hu hu......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan