Khamis, 27 Oktober 2011

Seri II beranak

Sebenarnya Sei II ni baru dibeli pada 13.10.2011 untuk ganti Miut yang mati. Kira-kira dalam 2 minggu la ni. nama tak de lagi. tapi disebabkan rupa dia macam Seri, Seri II lah buat masa ni.

Pagi tadi (27.10.2011) masa nak beri makan, ternampak selonggok bulu dipenjuru bilik dia ni.

"Eh, bulu?"

Tiba-tiba terpandang baby tergolek-golek.

"Eh, dah beranak" Terus beritahu Ustaz, kepoh betul saya ni kan.

"Bang, Seri II dah beranak"

"Berapa ekor?"

"Entah, tak kira lagi sebab nak beritahu abang dulu"...ha ha ha

Ada 3 ekor, lepas korek longgokan bulu dia. Ustaz pun cari benda nak buh anak-anak dia nih.

Petang nanti, pindah bilik besar sikit lah rasanya bilik Koko lah sebab koko ada sekor je anak.

Actually malam tadi saya nampak dia gigit-gigit dinding bilik dia.

"Nak beranak ke" saya tanya dia.
"Nanti Ummi carikan rumput ek"

Beerilah dia sedikit rumput, tak de pulak dia kumpul rumput dalam mulut dia.

Saya pun masuklah tidur tapi kalau dah dasar kepoh, report jugaklah kat ustaz ha ha ha

"Bang, Seri II tu kan, nak beranak kot sebab dia gigit gigit....." habih kat situ je lah..

Gambar tak ambi lagi. Kemudian lah ek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan